MUSAFIR FAKIR 4
Di denai kehidupan nan berkelok nian
bersimpang-siur berlegak-legok membaur rasa
kami panjatkan kesyukuran kepada-Mu Tuhan
atas segala nikmat-Mu yang tidak terkira.
Kami malu tersepuk dengan wajah tertunduk
menyambut Syahrul Ramadan penuh tawaduk
sedangkan dosa bertimbun berkepuk-kepuk.
Kami malu tidak terperi nikmat-Mu tiada terpermanai
malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan diberi
meskipun saban waktu kami menzalimi diri sendiri.
Di malam-malam Ramadan penuh barakah
kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
ampunilah kami musafir fakir yang hina ini
kami takut akan azab-Mu sakitnya tidak terperi.
Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Duyong
3 Ramadan 1442
Taubat Seorang Pendosa - An Anthology of Religious Poems
Authors
MN Mahmud, F Abdul Wahab, H Haris, MS Salih, N A Rahman, NN Mohd Rawi, NB Alta Miah, NA Abd Rahman, R Rusli
Publication date
2021/9
Pages
94 (ISBN 978-967-2891-00-0)
Publisher
SYFE Management Sdn Bhd
Komentar
Tulis komentar baru