Skip to Content

Sinopsis Cendera Kirana Menyamar Jadi Kelana

Foto Anna Windri

CENDERA KIRANA MENYAMAR JADI KELANA

Karena perbuatan salah seorang ibu tirinya Cendera Kirana tidak tahan lagi dan karena itu ia meninggalkan kota itu dengan ibu tirinya yang lain,Mahadewi,seorang menteri dan dayang-dayang.
Dalam masa pengembaraan ini banyak peristiwa terjadi. Misalnya penyamaran, pertukaran nama, peperangan, permainan wayang dan sebagainya. Babak paling menarik dalam cerita panji adalah babak-babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan untuk: menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah panjang dan menarik.

Raden Galuh Cendera Kirana bertindak melarikan diri dari istana dan membina sebuah negeri yang lain. Ketika itu dia telah mengarahkan kedua-dua pengiringnya (yang telah menyamar menjadi pahlawan) bertindak merampas harta benda orang yang lalu lalang berhampiran dengan negeri mereka. Raden Galuh Cendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria dan menukar nama menjadi Panji Semirang Asmarataka. Antara yang dirampas ialah barang-barang hantaran pihak Raden Inu kepada Galuh Cendera Kirana kareang disangkakan oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu membuatkan Raden Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.

Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang berhadapannya adalah Galuh Cendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana Daha dan diberitahu bahawa Raden Galuh Cendera Kirana telah hilang dari istana. Sebagai ganti, Inu dikahwinkan dengan Galuh Ajeng. Inu pula sentiasa teringat-ingat Panji Semirang Asmarataka (Galuh Cendera Kirana) yang ditemuinya semasa dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap Galuh Ajeng yang terlalu mengada-ngada. Akibatnya Inu lari meninggalkan isterinya itu lalu keluar mengembara mencari Panji Semirang yang dirasakan olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik”.

Peleraian cerita berlaku apabila watak Raden Galuh Cendera Kirana yang menyamar sebagai pemain gambuh telah ditemu dan mengenali oleh Raden Inu Kertapati. Yang aneh dalam setiap cerita panji, watak Galuh pasti akan mengenali watak Inu yang sedang menyamar. Bagaimanapun Galuh Cendera Kirana sukar sekali untuk dikenali Raden Inu Kertapati yang sedang dalam penyamaran. Cuma dikatakan Inu amat tertarik dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu terhadap “lelaki” yang bersama-samanya agak aneh. Layanannya seolah-olah lelaki itu perempuan terutama terhadap Panji Semirang.

Identiti Galuh Cendera Kirana diketahui oleh Raden Inu apabila dia ternampak Raden Galuh Cendera Kirana sedang bermain-main dengan anak-anakkan emas pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke istana Ratu Kuripan dan dikahwinkan.

Komentar

Tulis komentar baru

Materi isian ini bersifat rahasia dan tidak ditampilkan ke publik.


Terpopuler Hari Ini

Sebulan Terakhir

Terpopuler