DI SUATU SENJA NAN INDAH KALA HATI BERDETIK TERUSIK
Di suatu senja nan indah tidak terkata
kala lembayung di kaki langit berubah aneka warna
syahdu nian terasa kala hati berdetik terusik
jiwa meronta-ronta nubari nan menggeletik-geletik.
Terdengar suara Dak Endik menguak cari ibu mahu menetek
kuhidu bau lumpur ibunya di bendang asyik berkubang
terpandang unggun api asap sabut kelapa setimbun jerami.
Riuh suara kanak mengaji bermain berlari pekik bertempik
berjalan pulang saling bersambung menyalakan andang
gemersik bunyi cengkerik di malam sunyi denai mengaji.
Terbayang geluk di buyung basuh kaki tidak tidur mengigau
terpandang-pandang Bonda di pelantar menganyam tikar
satu persatu bersilih ganti datang dan pergi hatiku galau
rindu Bonda tak terpermanai cinta kasihnya bunga nan mekar.
Kemirau @ Sang Murba
Teratak Bonda
Komentar
Tulis komentar baru